Buscar

Páginas

BAHAYA VITAMIN C SINTETIK


– MEROSAKKAN DNA

Kini ramai yang mengambil suplemen sebagai tambahan kepada nutrisi harian. Ini adalah kerana pelbagai faktor sekeliling yang menyebabkan sesetengah orang berpendapat “Saya perlukan suplemen”. Walau bagaimana pun, adakah anda benar2 perlukan suplemen? Dan, adakah anda memerlukan suplemen yang anda sedang ambil itu? Maksud saya, vitamin sintetik (sekiranya ada).
Ramai orang yang telah bertukar dari vitamin sintetik, atau vitamin yang tidak diketahui adakah ia natural atau sintetik; bila cuba vitamin Shaklee, mereka mengakui “lain”. Apa yang lainnya?
Ya pasti lain antara bunga asli dengan bunga plastik.
Namun, perbezaannya bukan setakat itu saja. Vitamin  sintetik memberi kesan lebih dari cuma “sintetik”.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh University of Leicester, London, 500 mg vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama mereka juga menghasilkan radikal bebas!
Kajian berkaitan juga pernah dibuat oleh seorang profesor dari Mount Sinai School of Medicine, New York tentang kerosakan yang dibuat oleh vitamin C sintetik ini.  Beliau berkata bahawa Vitamin C sintetik adalh tidak sama langsung dengan vitamin C dalam buat sitrus, yang mana vitamin C dalam buah bertindak sebagai antioksidan. Manakala vitamin C dalam suplemen sintetik ni adalah agen radox- yakni bertindak sebagai antioksidan pada masa yang sama sebagai pro-oksidan. Akibatnya, ia menyebabkan kerosakan sel seterusnya kerosakan DNA.
Vitamin C sintetik adalah asid askorbik yang dibuat dalam makmal tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar kerana ia cuma ada asid askorbik tanpa komponen2 lain vitamin C seperti bioflavonoids, rutin dan lain-lain.
Jadi, sila berhati-hati dalam pemilihan suplemen. Pilihlah suplemen semulajadi kerana ia diperbuat dari sumber vitamin C yang asli, bukan semata-mata asid askorbik. Kajian menunjukkan asid askorbik tidak memberikan kesan seperti vitamin C tanpa kehadiran bioflavonoids dan komponen2 lain.
copy fr. metrobestmom

Shaklee Vitamin C

Harga : SMS/Whatsapp
 011  21417079


FUNGSI

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.  

Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.  

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh
  • mengurangkan gejala penyakit asma
  • mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran
  • menolong mencegah kanser
  • memelihara daripada jangkitan
  • dan meningkatkan imuniti. 


Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. 

Vitamin ini juga 
  • boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik
  • juga menurunkan tekanan darah tinggi
  • dan membantu mencegah " atherosclerosis" . 
  • Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, 
  • vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam
  • boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), 
  • dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.


SUMBER


Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing.

Vitamin C diperolehi daripada 


  • buah beri, 
  • buah-buahan sitrus, 
  • dan sayuran hijau. 


Sumber yang baik termasuk 


  1. asparagus, 
  2. avocado,  
  3. black currants, 
  4. kobis bunga,  
  5. anggur, 
  6. kubis, 
  7. lemon, 
  8. mempelam, 
  9. biji sawi hijau, 
  10. bawang, 
  11. oren, 
  12. betik, 
  13. kacang peas hijau,  
  14. nenas,  
  15. bayam, 
  16. strawberri, 
  17. tomato, 
  18. dan selada air.


KEKURANGAN

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :

  • Lemah Badan
  • Sakit2 dan sengal badan
  • Bengkak Gusi
  • Hidung Berdarah
  • Scurvy (pendarahan pada badan,lebam-lebam dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi,yang menyebabkan kesakitan)
  • Anemia

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

KETAHUI BAHAYA VITAMIN C SINTETIK DISINI