Buscar

Páginas

KENALI & TANGANI STRESS ANDA


STRESS ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh  badan atau fikiran sendiri.



Kenapa STRESS


  • Diri sendiri - kecewa
  • Keluarga - masalah rumahtangga, kewangan, anak dan sebagainya
  • Pekerjaan -tidak cemerlang dalam kerja, tidak naik pangkat, dibuang kerja, kena tukar dan sebagainya
  • Komuniti - bertengkar dgn jiran
  • Kesesakan lalulintas
  • Persekitaran yang tidak selesa
  • Tragedi
  • Menunggu Lama 


Tanda - Tanda STRESS

  • Jantung berdegup kencang
  • Cepat marah
  • Rasa tidak gembira
  • Hilang selera makan
  • Hilang minat kerja
  • Tidak cukup tidur
  • Suka menengking
Apa yang perlu dilakukan apabila MARAHH

  • Bertenang..tarik nafas dan lepas perlahan2
  • Kenal pasti punca anda marah
  • Mendapat nasihat orang lain
  • Beredar ke tempat lain bg mengawal kemarahan
  • Berbincang dgn ahli keluarga atau rakan
  • Membiasakan diri memaafkan dan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan



Amalkan 10B

  1. Bertenang
  2. Bernafas dengan dalam
  3. Berkata : relaxlah..
  4. Beribadat
  5. Bercakap dengan seseorang
  6. Berurut
  7. Berehat dan mendengar muzik
  8. Beriadah
  9. Bersenam
  10. Berfikiran positif

AKIBAT BURUK BILA TIDUR PAKAI BRA


Bra merupakan pakaian dalam wanita yang sangat penting untuk menjaga tekstur serta bentuk payudara seorang wanita.

Namun bra juga mempunyai kesan buruk bila dikenakan secara serentak dalam waktu yang lama bagi seorang wanita.

Apa saja akibat buruk mengenakan bra? Ketahui juga alasan kenapa banyak orang menyarakankan anda untuk tidak mengenakan bra ketika tidur.

1. berpeluh
Ada bra yang direka khas untuk tidur, dam bra tersebut diperbuat daripada bahan yang menyerap peluh seperti nilon dan kapas sehingga boleh membuat payudara'bernapas '. Tetapi jika anda mengenakan bra biasa apabila tidur, anda boleh berpeluh dan kawasan dada menjadi lembab. Menurut laman web The Teen Growth, keadaan ini boleh menyebabkan geseran sehingga menimbulkan ruam dan luka.

2. ketidakselesaan
Bra sehari-hari dibuat untuk menyokong payudara dan menjaga agar bentuknya tidak turun atau melorot. Laman The Teen Growth menulis bahawa 'daily bra' tidak direka agar selesa apabila tidur. Kawat bra yang meliuk-liuk saat tubuh berbaring boleh menusuk-nusuk kulit sehingga membuat kegatalan


3. insomnia
Berangkat dari ketidakselesaan bra sehari-hari yang dikenakan apabila berbaring boleh membuat anda merasa kesukaran tidur. Dan akhirnya, keadaan tubuh anda di pagi hari menjadi tidak maksimum. Teen Health menjelaskan bahawa kebiasaan tidur dengan memakai bra boleh memberi kesan kepada kesihatan anda secara keseluruhan.

4. kanser Payudara
llmuan Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya 'Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras', menggunakan bra terlalu lama boleh meningkatkan suhu rangkaian payudaradan wanita yang memakai bra mempunyai kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua-dua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Kedua ilmuwan tersebut mengatakan bahawa tidur adalah waktu yang tepat untuk merehatkan payudara dengan tidak mengenakan bra. Tak hanya merehatkan otot, saat tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (mengeluarkan racun). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon imuniti (kekebalan tubuh).

Masalah Jeragat di kalangan warga asia


Masalah Jeragat di kalangan Warga Asia 

Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. 

Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebihkurang  12:1 ( Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain . Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. 

Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. Perbezaan Hori’s Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh doctor anda.


Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )

1)      Terdedah kepada cahaya matahari terik
2)      Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
3)      Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
4)      Keturunan.

Rawatan untuk melasma.
Matlamat rawatan melasma ada dua. Pertama untuk mengeluarkan pigment yang sedia ada dan kedua adalah untuk menghalang dari pigment baru terbentuk. Cara-caranya adalah:

1)      Penglupasan Kimia
         ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma.
Ianya agak berkesan untuk melasma tetapi harus diikuti dengan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya. Lebihkurang 50-70% melasma akan kurang. Ianya lebih sesuai untuk melasma epidermal

2)      Laser 
         Cara ini lebih berkesan untuk Hori’s Naevus dan Solar Lentigenes kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh kedalam. Rawatan ini juga sesuai untuk melasma dermal ( jeragat yang berada pada lapisan dalam kulit).

3)      Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.
         Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.

4)      Krim dan Sunblock
          Ini merupakan rawatan susulan kepada 3 rawatan diatas. Tidak mencukupi untuk hanya menggunakan krim dan sunblock sahaja. Ianya mesti seiring dengan rawatan jeragat diatas.


Petikan artikel  Dr Haseenah