Buscar

Páginas

KENALI & TANGANI STRESS ANDA


STRESS ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh  badan atau fikiran sendiri.



Kenapa STRESS


  • Diri sendiri - kecewa
  • Keluarga - masalah rumahtangga, kewangan, anak dan sebagainya
  • Pekerjaan -tidak cemerlang dalam kerja, tidak naik pangkat, dibuang kerja, kena tukar dan sebagainya
  • Komuniti - bertengkar dgn jiran
  • Kesesakan lalulintas
  • Persekitaran yang tidak selesa
  • Tragedi
  • Menunggu Lama 


Tanda - Tanda STRESS

  • Jantung berdegup kencang
  • Cepat marah
  • Rasa tidak gembira
  • Hilang selera makan
  • Hilang minat kerja
  • Tidak cukup tidur
  • Suka menengking
Apa yang perlu dilakukan apabila MARAHH

  • Bertenang..tarik nafas dan lepas perlahan2
  • Kenal pasti punca anda marah
  • Mendapat nasihat orang lain
  • Beredar ke tempat lain bg mengawal kemarahan
  • Berbincang dgn ahli keluarga atau rakan
  • Membiasakan diri memaafkan dan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan



Amalkan 10B

  1. Bertenang
  2. Bernafas dengan dalam
  3. Berkata : relaxlah..
  4. Beribadat
  5. Bercakap dengan seseorang
  6. Berurut
  7. Berehat dan mendengar muzik
  8. Beriadah
  9. Bersenam
  10. Berfikiran positif