Buscar

Páginas

VITA E COMPLEX




Perbezaan Vita E shaklee

Dibuat dari minyak Soyaa organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gama dan delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.
Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel sel, sel darah merah dan tisu tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksid semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan antioksidan dan melindungi retina

Maanfaat Utama :

  • Melindungi Jantung
  • Mempertinkatkan Kemampuan Reproduktif
  • Anti Penuaan
  • Anti oksida yang kuat
  • Kelstarian tenaga
  • Meemperbaiki Arthritis
  • Menghalang keguguran
  • Memperbaiki Parut
Nota: Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan E)bersama sama untuk menggandakan kesan anti oksidasi dalam melawan radikal bebas


Adakah anda mengambil Vitamin E yang cukup
Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel sel sihat melawan radikal bebas :

1kg gandum
500ml minyak safflower
8kg bayam
500g badam



ALFALFA COMPLEX

  Harga : Whats app 011 2141 7079

Alfalfa Sahklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.

Kenapa  Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.


Kebaikkan Memakan Alfalfa

1. Kaya dengan vitamin dan mineral
    Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 
    Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa 
    Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak 
    dan Antioksidan.

2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah


19 Khasiat Alfalfa 

1.    Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
2.    Melegakan sakit sendi dan belakang
3.    Menghilangkan kelesuan dan tekanan
4.    Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita)
5.    Merawat Arthitis
6.    Bagus untuk elergi n ekzema
7.    Merawat athma
8.    Mencuci usus bagi membuang toksid
9.    Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
10.  Meneutralkan asid dalam badan
11.  Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
12.  Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
13.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita)
14.  Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
15.  Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
16.  Meningkatkan stamina seorang suami
17.  Melegakan sembelit
18.  Membuang angin dalam badan
19.  Milk Booster

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2014 dah sekaranggg

Assalamualaikum visitors

Terlebih dahulu Kak D minta maaf sebab dh lama x update blog ni,,tu pun jika ada yg perasan la...he he
In Syaa Allah di tahun baru dengan azam yg baru ni..Kak D akan memulakan semula perniagaan online yang agak lama sepi ni...

Pada tahun ini Insyaallah Kak D akan fokus pada produk Shaklee..dengan masa yang terhad dan terbatas rasanya sesuailah dengan perniagaan ini...sambil2an kan kan

Sementara Kak D mengupdate blog ni.. sesiapa yg nak dapatkan produk shaklee boleh la kol yer... 

Kak D tak pandai nak berceloteh..just tunggu je update dr Kak D yer

Tak Lupa juga Kak D nak ucapkan Terima Kasih  pada customers yang telah menyokong Kak D selama ni..

Bai Bai...

Collagen Powder

Collagen Powder

Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


* Berat molekul diukur dalam unit Dalton


BANDINGAN KULIT


Shaklee Chewable Vitamin C - 100mg


Chewable Vita-C™ 100 mg 

HARGA : SMS/WHATSAPP
011 2141 7079

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

klik utk baca :

KEPENTINGAN VITAMIN C PADA KANAK-KANAK

VITAMIN C DAN KANAK KANAK


Keperluan Vitamin C di Kalangan Kanak-kanak

Sejak kecil lagi kita telah di dedahkan dengan kepentingan vitamin C kepada kesihatan badan. Malahan apabila semakin meningkat usia, ramai orang berusaha untuk menjaga kecantikan diri dengan mengambil rawatan vitamin C. Apakah khasiat sebenar vitamin C? Apakah peranan vitamin C di dalam kehidupan kita? Mari kita terokai komponen makanan ini yang mampu membantu kesihatan kita tanpa mengenal peringkat usia.

Apa itu Vitamin C?

Vitamin C adalah sejenis vitamin yang sangat diperlurkan oleh badan. Ianya juga turut dikenali dengan nama Asid Askorbik. 
Di kalangan kanak-kanak yang berusia antara 1 hingga 6 tahun, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 30 mg vitamin C dalam sehari. Manakala kanak-kanak yang berusia antara 7-9 tahun pula memerlukan sebanyak 35 mg sehari.

Vitamin C amat penting dalam pembentukan tulang. Hal ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat. Selain itu, vitamin C juga dapat membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan (zat besi amat penting dalam pembentukan hemoglobin darah merah).
Di dalam buku bertajuk “User’s Guide to Vitamin C” turut menyatakan kepentingan vitamin C kepada sistem kardiovaskular manusia. Selain itu, penulis buku tersebut Hyla Cass dan Jim English turut menyatakan bahawa vitamin C turut memberikan manfaat kepada hati. Selain memastikan tekanan darah berada di dalam keadaan normal, vitamin C juga membantu dalam merendahkan tahap kolesterol di dalam badan. Oleh kerana sifatnya yang larut dalam air, vitamin C turut dapat menyingkirkan kolesterol yang melekat pada dinding-dinding arteri.

Tahukah anda

Vitamin C juga dikenali sebagai sumber anti oksida yang penting. Ini kerana antioksida dapat membantu dalam melindungi sel dan tisu di dalam badan termasuklah sel-sel di otak serta mata. Dengan pencemaran global yang berlaku di dunia ini, maka amat penting sekali pengambilan vitamin C di ambil oleh setiap lapisan masyarakat. Ini adalah wajar, demi mengelakkan diri dari risiko penyakit yang berbahaya.

Sumber vitamin C

Demi memastikan anak anda mendapat sumber Vitamin C yang mencukupi, maka anda perlu memastikan mereka menikmati pelbagai jenis makanan yang kaya dengan vitamin C. Sebagai contoh, buah-buahan segar seperti lemon dan limau. Selain itu, mereka juga boleh menikmati sayur-sayuran seperti kubis dan tomato.
Sungguhpun begitu, vitamin C adalah sejenis vitamin yang larut di dalam air. Adalah di galakkan untuk menikmati makanan seperti buah-buahan yang tidak mengalami proses memasak. Hal ini kerana, di khuatiri vitamin C tersebut akan larut di dalam air tanpa sempat kita menikmatinya.

Kekurangan vitamin C

Tanpa kita sedari, kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C akan dapat mengundang risiko yang berbahaya kepada kita. Sebagai contoh, pernahkah kita sedari bahawa secara tiba-tiba kita menghadapi keadaan gusi berdarah? Atau pernahkah kita terfikir mengapa kesan luka yang kita alami mengambil masa yang lama untuk pulih?
Perkara-perkara seperti di atas sebenarnya menunjukkan ciri-ciri seseorang yang mengalami kekurangan vitamin C di dalam badan. Untuk itu, amat penting sekali bagi kita memastikan agar jumlah vitamin C di dalam badan mencukupi demi penjagaan kesihatan kita seharian. Jika di lihat pada pasaraya-pasaraya berdekatan turut menawarkan pelbagai jenis makanan tambahan sama ada dalam bentuk pil mahupun cecair yang mengandungi vitamin C. Sebelum anda membuat kuputusan untuk menggunakan sebarang produk kesihatan, maka anda seharusnya mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu demi memastikan produk yang ingin anda ambil adalah bersesuaian dengan faktor kesihatan anak anda mahupun diri anda sendiri.
Rujukan:
1. Kementerian Kesihatan Malaysia
2. User’s Guide to Vitamin C by Hyla Cass, and Jim English (2006)
3. FAO/WHO (2002). Vitamin C. In: Human Vitamin and Mineral Requirements. Report of a Joint FAO/WHO Expert Consultation. FAO, Rome; pp 73-86.

credit 

Shaklee Chewable Vitamin C


TIPS MENGGUNAKAN TUALA WANITA

TIPS MENGGUNAKAN TUALA WANITA

Perkara yang salah selalu dilakukan oleh wanita ketika menggunakan tuala wanita ialah: 

1. Tidak membasuh tangan sebelum mengambil tuala wanita yang baru. Ketika membuka dan meletakkan tuala wanita pada seluar boleh memindahkan kuman dari tuala wanita yang lama dan kotor.

2. Tidak meneliti tarikh luput, kerana apabila tuala wanita menghampiri tarikh luput, kualitinya menjadi rendah.

3. Menggunakan tuala wanita yang mempunyai wangi-wangian yang boleh menyebabkan alahan pada kulit.

4. Menggunakan satu tuala wanita untuk jangka masa yang lama dengan alasan untuk menjimatkan kos, mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak dan akhirnya menyebabkan jangkitan kuman. Cara terbaik ialah menukarkan setiap dua jam ketika hari-hari awal kedatangan haids.

5. Memilih tuala wanita yang terlalu tebal dengan alasan agar lendiran dan darah dapat diserap dengan baik, padahal ini akan menyebabkan wanita itu menggunakan wanita itu terlalu lama dan mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak pada tuala itu dan jangkitan kuman pada alat sulit.





DARI DR.ZUBAIDI HJ AHMAD

RUMPAI LAUT BERKESAN RAWAT SAKIT JANTUNG


KENALI & TANGANI STRESS ANDA


STRESS ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh  badan atau fikiran sendiri.



Kenapa STRESS


  • Diri sendiri - kecewa
  • Keluarga - masalah rumahtangga, kewangan, anak dan sebagainya
  • Pekerjaan -tidak cemerlang dalam kerja, tidak naik pangkat, dibuang kerja, kena tukar dan sebagainya
  • Komuniti - bertengkar dgn jiran
  • Kesesakan lalulintas
  • Persekitaran yang tidak selesa
  • Tragedi
  • Menunggu Lama 


Tanda - Tanda STRESS

  • Jantung berdegup kencang
  • Cepat marah
  • Rasa tidak gembira
  • Hilang selera makan
  • Hilang minat kerja
  • Tidak cukup tidur
  • Suka menengking
Apa yang perlu dilakukan apabila MARAHH

  • Bertenang..tarik nafas dan lepas perlahan2
  • Kenal pasti punca anda marah
  • Mendapat nasihat orang lain
  • Beredar ke tempat lain bg mengawal kemarahan
  • Berbincang dgn ahli keluarga atau rakan
  • Membiasakan diri memaafkan dan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan



Amalkan 10B

  1. Bertenang
  2. Bernafas dengan dalam
  3. Berkata : relaxlah..
  4. Beribadat
  5. Bercakap dengan seseorang
  6. Berurut
  7. Berehat dan mendengar muzik
  8. Beriadah
  9. Bersenam
  10. Berfikiran positif

AKIBAT BURUK BILA TIDUR PAKAI BRA


Bra merupakan pakaian dalam wanita yang sangat penting untuk menjaga tekstur serta bentuk payudara seorang wanita.

Namun bra juga mempunyai kesan buruk bila dikenakan secara serentak dalam waktu yang lama bagi seorang wanita.

Apa saja akibat buruk mengenakan bra? Ketahui juga alasan kenapa banyak orang menyarakankan anda untuk tidak mengenakan bra ketika tidur.

1. berpeluh
Ada bra yang direka khas untuk tidur, dam bra tersebut diperbuat daripada bahan yang menyerap peluh seperti nilon dan kapas sehingga boleh membuat payudara'bernapas '. Tetapi jika anda mengenakan bra biasa apabila tidur, anda boleh berpeluh dan kawasan dada menjadi lembab. Menurut laman web The Teen Growth, keadaan ini boleh menyebabkan geseran sehingga menimbulkan ruam dan luka.

2. ketidakselesaan
Bra sehari-hari dibuat untuk menyokong payudara dan menjaga agar bentuknya tidak turun atau melorot. Laman The Teen Growth menulis bahawa 'daily bra' tidak direka agar selesa apabila tidur. Kawat bra yang meliuk-liuk saat tubuh berbaring boleh menusuk-nusuk kulit sehingga membuat kegatalan


3. insomnia
Berangkat dari ketidakselesaan bra sehari-hari yang dikenakan apabila berbaring boleh membuat anda merasa kesukaran tidur. Dan akhirnya, keadaan tubuh anda di pagi hari menjadi tidak maksimum. Teen Health menjelaskan bahawa kebiasaan tidur dengan memakai bra boleh memberi kesan kepada kesihatan anda secara keseluruhan.

4. kanser Payudara
llmuan Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya 'Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras', menggunakan bra terlalu lama boleh meningkatkan suhu rangkaian payudaradan wanita yang memakai bra mempunyai kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua-dua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Kedua ilmuwan tersebut mengatakan bahawa tidur adalah waktu yang tepat untuk merehatkan payudara dengan tidak mengenakan bra. Tak hanya merehatkan otot, saat tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (mengeluarkan racun). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon imuniti (kekebalan tubuh).

Masalah Jeragat di kalangan warga asia


Masalah Jeragat di kalangan Warga Asia 

Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. 

Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebihkurang  12:1 ( Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain . Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. 

Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. Perbezaan Hori’s Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh doctor anda.


Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )

1)      Terdedah kepada cahaya matahari terik
2)      Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
3)      Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
4)      Keturunan.

Rawatan untuk melasma.
Matlamat rawatan melasma ada dua. Pertama untuk mengeluarkan pigment yang sedia ada dan kedua adalah untuk menghalang dari pigment baru terbentuk. Cara-caranya adalah:

1)      Penglupasan Kimia
         ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma.
Ianya agak berkesan untuk melasma tetapi harus diikuti dengan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya. Lebihkurang 50-70% melasma akan kurang. Ianya lebih sesuai untuk melasma epidermal

2)      Laser 
         Cara ini lebih berkesan untuk Hori’s Naevus dan Solar Lentigenes kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh kedalam. Rawatan ini juga sesuai untuk melasma dermal ( jeragat yang berada pada lapisan dalam kulit).

3)      Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.
         Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.

4)      Krim dan Sunblock
          Ini merupakan rawatan susulan kepada 3 rawatan diatas. Tidak mencukupi untuk hanya menggunakan krim dan sunblock sahaja. Ianya mesti seiring dengan rawatan jeragat diatas.


Petikan artikel  Dr Haseenah 

BAHAYA VITAMIN C SINTETIK


– MEROSAKKAN DNA

Kini ramai yang mengambil suplemen sebagai tambahan kepada nutrisi harian. Ini adalah kerana pelbagai faktor sekeliling yang menyebabkan sesetengah orang berpendapat “Saya perlukan suplemen”. Walau bagaimana pun, adakah anda benar2 perlukan suplemen? Dan, adakah anda memerlukan suplemen yang anda sedang ambil itu? Maksud saya, vitamin sintetik (sekiranya ada).
Ramai orang yang telah bertukar dari vitamin sintetik, atau vitamin yang tidak diketahui adakah ia natural atau sintetik; bila cuba vitamin Shaklee, mereka mengakui “lain”. Apa yang lainnya?
Ya pasti lain antara bunga asli dengan bunga plastik.
Namun, perbezaannya bukan setakat itu saja. Vitamin  sintetik memberi kesan lebih dari cuma “sintetik”.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh University of Leicester, London, 500 mg vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama mereka juga menghasilkan radikal bebas!
Kajian berkaitan juga pernah dibuat oleh seorang profesor dari Mount Sinai School of Medicine, New York tentang kerosakan yang dibuat oleh vitamin C sintetik ini.  Beliau berkata bahawa Vitamin C sintetik adalh tidak sama langsung dengan vitamin C dalam buat sitrus, yang mana vitamin C dalam buah bertindak sebagai antioksidan. Manakala vitamin C dalam suplemen sintetik ni adalah agen radox- yakni bertindak sebagai antioksidan pada masa yang sama sebagai pro-oksidan. Akibatnya, ia menyebabkan kerosakan sel seterusnya kerosakan DNA.
Vitamin C sintetik adalah asid askorbik yang dibuat dalam makmal tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar kerana ia cuma ada asid askorbik tanpa komponen2 lain vitamin C seperti bioflavonoids, rutin dan lain-lain.
Jadi, sila berhati-hati dalam pemilihan suplemen. Pilihlah suplemen semulajadi kerana ia diperbuat dari sumber vitamin C yang asli, bukan semata-mata asid askorbik. Kajian menunjukkan asid askorbik tidak memberikan kesan seperti vitamin C tanpa kehadiran bioflavonoids dan komponen2 lain.
copy fr. metrobestmom

Shaklee Vitamin C

Harga : SMS/Whatsapp
 011  21417079


FUNGSI

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.  

Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.  

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh
  • mengurangkan gejala penyakit asma
  • mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran
  • menolong mencegah kanser
  • memelihara daripada jangkitan
  • dan meningkatkan imuniti. 


Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. 

Vitamin ini juga 
  • boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik
  • juga menurunkan tekanan darah tinggi
  • dan membantu mencegah " atherosclerosis" . 
  • Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, 
  • vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam
  • boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), 
  • dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.


SUMBER


Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing.

Vitamin C diperolehi daripada 


  • buah beri, 
  • buah-buahan sitrus, 
  • dan sayuran hijau. 


Sumber yang baik termasuk 


  1. asparagus, 
  2. avocado,  
  3. black currants, 
  4. kobis bunga,  
  5. anggur, 
  6. kubis, 
  7. lemon, 
  8. mempelam, 
  9. biji sawi hijau, 
  10. bawang, 
  11. oren, 
  12. betik, 
  13. kacang peas hijau,  
  14. nenas,  
  15. bayam, 
  16. strawberri, 
  17. tomato, 
  18. dan selada air.


KEKURANGAN

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :

  • Lemah Badan
  • Sakit2 dan sengal badan
  • Bengkak Gusi
  • Hidung Berdarah
  • Scurvy (pendarahan pada badan,lebam-lebam dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi,yang menyebabkan kesakitan)
  • Anemia

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

KETAHUI BAHAYA VITAMIN C SINTETIK DISINI

Puisi Saidina ALI

Saya tertarik dengan puisi ini...& saya copy dr impianratu.blogspot.com...



“Wahai manusia !

Aku heran pada orang yang yakin akan kematian, tapi hidup bersuka ria.

Aku heran pada orang yang yakin akan pertanggungjawaban segala amal perbuatan di akhirat, tapi asyik mengumpulkan dan menumpuk harta.

Aku heran pada orang yang yakin akan kubur, tapi ia tertawa terbahak-bahak.

Aku heran pada orang yang yakin akan adanya alam akhirat, tapi ia menjalani hidupnya dengan bersantai-santai.

Aku heran pada orang yang yakin akan kehancuran dunia, tapi ia menggandrunginya.

Aku heran pada intelektual, yang bodoh dalam soal moral.

Aku heran pada orang yang bersuci dengan air, sementara hatinya masih tetap kotor.

Aku heran pada orang yang sibuk mencari cacat dan aib orang lain, sementara ia tidak sadar sama sekali terhadap cacat yang ada pada dirinya.

Aku heran pada orang yang yakin bahwa Allah SWT senantiasa mengawasi segala perilakunya tapi ia berbuat durjana.

Aku heran pada orang yang sadar akan kematiannya, kemudian akan tinggal dalam kubur seorang diri, lalu diminta pertanggungjawaban seluruh amal perbuatannya, tapi berharap belas kasih orang lain.

Sungguh.. tiada Tuhan kecuali Aku.. dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Ku.

Wahai manusia !

Hari demi hari usiamu kian berkurang, sementara engkau tidak pernah menyedarinya. Setiap hari Aku datangkan rezeki kepadamu, sementara engkau tidak pernah memujiKu. Dengan pemberian yang sedikit, engkau tidak pernah mau lapang dada. Dengan pemberian yang banyak, engkau tidak juga pernah merasa kenyang.

Wahai manusia !

Setiap hari Aku mendatangkan rezeki untukmu. Sementara setiap malam malaikat datang kepadaKu dengan membawa catatan perbuatan jelekmu. Engkau makan dengan lahap rezekiKu, namun engkau tidak segan-segan pula berbuat durjana kepadaKu. Aku kabulkan jika engkau memohon kepadaKu. KebaikanKu tak putus-putus mengalir untukmu. Namun
sebaliknya, catatan kejelekanmu sampai kepadaKu tiada henti.

Akulah pelindung terbaik untukmu. Sedangkan engkau hamba terjelek bagiKu. Kau raup segala apa yang Kuberikan untukmu. Kututupi kejelekan yang kau perbuat secara terang-terangan.

Aku sungguh sangat malu kepadamu, sementara engkau sedikitpun tak pernah merasa malu kepadaKu. Engkau melupakan diriKu dan mengingat yang lain.

Kepada manusia engkau merasa takut, sedangkan kepadaKu engkau merasa aman-aman saja.

Pada manusia engkau takut dimarahi, tetapi pada murka-Ku engkau tak peduli.”

Ikhwan fillah, bersujudlah dan bertaubatlah kepada allah SWT serta menangislah.. betapa banyak dosa yang telah kita perbuat selama ini..lihatlah betapa banyak kelalaian yang
telah kita lakukan selama ini.

“Ya Allah,
kami bukanlah hambaMu yang pantas memasuki surga firdausMu, tidak juga kami mampu akan siksa api nerakaMu, berilah hambaMu ini ampunan, dan hapuskanlah dosa-dosa kami, sesungguhnya hanya Engkaulah Sang Maha Pengampun, Sang Maha Agung.

Ya Allah,
dosa-dosa kami seperti butiran pasir dipantai, anugrahilah kami ampunan wahai Yang Maha Agung, umur kami berkurang setiap hari, sedangkan dosa-dosa kami terus bertambah...adakah jalan upaya bagi kami.

Ya Allah, hambaMu yang penuh maksiat ini bersimpuh menghadapMu mengakui dosa-dosanya dan memohon kepadaMu, ampunilah, karena hanya Engkaulah Sang Pemilik Ampunan, bila Engkau Campakkan kami, kepada siapa dan kemana kami mesti berharap selain dariMu”.

“Hisablah dirimu sebelum Allah menghisabmu”. (Imam Ali bin Abu Thalib RA)

HOW TO ORDER

Alhamdulillah...

Sekiranya anda berminat untuk membeli produk dari kami..Mudah jer..

3 KAEDAH BOLEH DIGUNAKAN DI SINI

1) ISI BORANG TEMPAHAN YANG TELAH DISEDIAKAN..
   
  •     ruang maklumat pembelian, pembayaran dan penghantaran ada disediakan 
  •     scroll ke bawah untuk contoh borang tempahan.

2) SMS ke No : 019-412 6079 (recommended)
  •         sms nilai yg telah dibayar
  •         bayar ke akaun bank mana (rujuk no akaun pd borang tempahan)
  •         barang yg ditempah 
  •         alamat penghantaran 
     

3) EMAIL ke kilauanbiru@gmail.com

  •       Nama :
  •       Alamat Penghantaran :
  •       No. Tel :
  •       Senarai Tempahan :
  •       Bukti Pembayaran :

19 keistimewaan wanita dan 6 wanita malang

 artikel ni menarik perhatian saya so saya copy dr jannahanngun.blogspot


19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 WANITA MALANG

19 Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah".

1. Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2. Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

3. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

6. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.